LUKISAN




DEFINISI LUKISAN


  • Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. 
  • Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
  • Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat
  • Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, warna dan jalinan.

ALAT MEDIA DAN BAHAN

  • Pensil H: Merupakan pensel keras (ton tidak lembut)
  • Pensil B (2B - 8B): Merupakan pensel lembut (sesuai untuk menggambarkan ton dalam subjek lukisan)

  • Pensil warna: Terdiri daripada berbagai jenis warna
  • Arang: Penggunaan media ini dapat memberi kesan legap dan mudah mendapatkan kesan pada sesuatu permukaan


  • Pen dan dakwat: Mempunyai kesan garisan yang lebih halus


  • Soft Pastel: Didapati dalam pelbagai warna serta mempunyai kesan yang lembut pada permukaan


  • Krayon: Juga lembut dan mempunyai kesan lilin

  • Pen marker: Menghasilkan kesan garisan tebal
  • Marker pelukisan (rendering marker)
  • Kapur: Memberikan kesan garisan yang tebal serta mudah tangga

Jenis-jenis Kertas Lukisan

  • Kertas lukisan biasa: Sesuai untuk penggunaan pensel, pen, arang dan krayon lembut (media kering). Sering digunapakai di sekolah.

  • Kertas cat air: Kertas tebal dan bermutu tinggi, mahal namun memberikan kesan yang cantik apabila digunakan.
  • Bod bristol: Merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk penggunaan pen.
  • Kertas Ingres: Kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya sering digunakan untuk lukisan yang menggunakan media pastel.
  • Lain-lain kertas seperti:
    • ‘Brown Paper’
    • Kertas komputer
    • Kertas arkitek
    • Kertas taip
    • Kertas fotokopi
    • Kertas surat khabar

Teknik yang boleh digunakan dalam lukisan

i. Coreng conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

= heaRTBeat =

hoW to Make Ur Own Blog (MaLay Sub)