Konsep Seni Visual






Konsep SeniVisual boleh difahami berdasarkan aspek seperti:

PERNYATAAN DIRI (Self-Expression),
PENGALAMAN VISUAL DAN SENTUH,
2D DAN 3D,
KOMUNIKASI VISUAL,
BAHASA SENI VISUAL,
ISI DAN MESEJ,
IMEJ,
FORM,
ISI (Content),
HAL BENDA (Subject),
OBJEK BERFUNGSI/KEGUNAAN,
NILAI ESTETIK,
CIRI-CIRI KREATIF,
PELUKIS/PANDAI TUKANG,
KARYA SENI,
ASAS SENI REKA dll.


  • Penyataan Diri (self – expression)

Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. 

Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. 


Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. 
Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. 
Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.


Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. 
Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.



  • Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)

Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. 
Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. 
Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. 
Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

  • Bahasa Seni (laras bahasa)

Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. 
Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. 
Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). 
Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.

  • Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)

Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. 
Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. 
Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. 
Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.
Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. 
Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

= heaRTBeat =

hoW to Make Ur Own Blog (MaLay Sub)