BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN



APA ITU MEMBUAT CORAK DAN REKAAN?

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada motif secara bebas atau terancang.

Motif pula terdiri sama ada daripada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. ia terdiri daripada motif berbentuk flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid dalam memahami pelbagai cara dalam menghasilkan corak dan mengaplikasikannya untuk menjadi suatu rekaan lain.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

  1. CORAK TIDAK TERANCANG


     2. CORAK TERANCANG
  • Lukisan
  • Catan
  • Cetakan
  • Capan
  • Lipatan dan Guntingan
  • Resis
  • Kolaj
  • Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya dalam menghasilkan rekaan corak tertentu.


JENIS-JENIS SUSUNAN

  • Susunan Ulang Sekata: Motif yang disusun secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

  • Susunan Berselang Seli: Motif yang disusun secara berselang seli diantara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

  • Susunan Batu Bata: Motif yang disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif yang disusun di antara 2 motif yang sebelumnya.

  • Susunan Bertimbal: Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

  • Susunan Bertindih: Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

  • Susunan Beralun: Motif yanf dihasilkan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

  • Susunan Berpusat: Motif susunan berpusat berpunca daripada 1 titik yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dll.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

= heaRTBeat =

hoW to Make Ur Own Blog (MaLay Sub)