CATAN




DEFINISI CATAN

  • Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
  • Ia dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. 
  • Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
  • Catan adalah bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya.
  • Media catan yang popular pada zaman Renaisance ialah fresco, cat tempera, cat minyak dan cat air

Jenis-jenis Warna Catan


Warna Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.


Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.


Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.


Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.


Cat Gouache


Cat ini bersifat lutsinar dan legap.
Cepat kering dan sesuai di atas permukaan kertas



Fresko (kapur plaster)



Fresko adalah teknik melukis pada dinding dengan menimpakan pigmen pada plaster dinding yang baru   dilapiskan. Kemudian definisi ini berubah sedikit kerana Leonardo da Vinci memperkenalkan teknik baru iaitu dengan menimpakan pigmen warna kepada lapisan yang telah kering dengan sedikit perubahan yang pasif.



Opaque Watercalour (cat air legap)


Opaque watercolour adalah berasingan dan berbeza daripada jenis lukisan yang telus seperti kertas putih. Sebuah lukisan gouache boleh memberi kesan yang tidak dijangka dengan syarat jika seseorang mengecat secara tidak sengaja tanpa keinginan atau kemahuan. Jesteru, situasi ini berlaku secara tidak sengaja.


    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

= heaRTBeat =

hoW to Make Ur Own Blog (MaLay Sub)